5.0 RATING ★★★★★ 300+ PESAKIT YANG PUAS
Penjagaan Pergigian yang cekap dalam suasana Klinik yang Moden & Selesa di Johor Bahru
Capai Senyuman yang Sempurna dengan Pendakap Gigi atau Invisalign® (Aligner Lutsinar)
SELAMAT DATANG KE ALPHA DENTAL SUTERA UTAMA
Di Alpha Dental Sutera Utama, kami komited untuk memberikan penjagaan pergigian yang menyeluruh kepada pesakit dalam suasana yang selesa dan mesra. Dengan gabungan teknologi terkini dan kepakaran kami akan memastikan setiap rawatan bukan sahaja selesa, malah memberikan hasil yang berkesan dan memuaskan.
Dari pemeriksaan rutin hingga rawatan lanjutan. Kesihatan mulut anda adalah keutamaan kami. Kami berdedikasi untuk membantu anda meningkatkan kesihatan mulut dan membantu anda tampil lebih yakin setiap hari dengan senyuman yang menawan.
Kemudahan terkini
Rawatan yang diperibadikan
Penjagaan yang penuh kasih sayang
Doktor Gigi yang Berpengelaman
Lebih 10 tahun pengalaman
Kemudahan Terkini
Teknologi rawatan yang modern dan canggih
Rawatan Tanpa Kesakitan
Cara lembut & mesra terhadap pesakit
Rawatan Kecemasan Pada Hari Yang Sama
Siap sedia apabila anda memerlukan
Dr. Enrico Ng Yi Hao
Doktor Gigi Am
(Doktor Gigi Utama)
DDS (UNPAD)
Diploma Pasca Siswazah dalam Prostodontik (IMU)
Penyedia Invisalign Bertauliah
KOL of Clear Correct Malaysia
Dr. Ng Yi Hao, lebih dikenali sebagai Dr. Enrico, ialah rakan kongsi Alpha Dental Group dan beliau yang bertanggungjawab bagi cawangan Klinik Pergigian Alpha Surera Utama.
Beliau memperoleh ijazah pergigian dari Universiti Padjadjaran di Bandung, juga telah memperolehi Diploma Pascasiswazah dalam Prostodontik dari Universiti IMU.
Minat beliau yang mendalam dalam pergigian digital telah membawanya ke bidang ortodontik dan pergigian restoratif. Bagi meningkatkan kemahiran klinikalnya, beliau telah menghadiri pelbagai kursus dan program mini-residen lanjutan dalam Ortodontik dan terapi Aligner Lutsinar, yang dikendalikan oleh pakar ortodontik ternama seperti Dr.Kenneth Lew (SG), Dr.Sandra Tai (Kanada) & Dr.Hwang Jun Hyuk (SG), serta program Master Pascasiswazah dalam Estetik Pergigian Moden oleh British Academy of Restorative Dentistry.
Dr. Enrico ialah penyedia bertauliah untuk Clear Correct dan Invisalign, dan telah diiktiraf sebagai penimpin pendapat utama (KOL) untuk Clear Correct sejak 2022. Sebagai seorang yang sangat meminati bidang pergigian, beliau percaya sentiasa adaperkara baharu untuk diterokai, dikuasai dan dilaksanakan demi memberikan rawatan menyeluruh kepada pesakitnya.
Dr. Cheryl Ting Cher Yuke
Doktor Gigi Am
BDS (Manipal)
Sarjana Sains Orofacial (MAHSA)
Penyedia Invisalign Bertauliah
Dr Cheryl Ting memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pergigian dari Kolej Perubatan Melaka Manipal pada tahun 2016.
Dr Cheryl telah terlatih dalam bidang Ortodontik (SG), Estetik pergigian menyeluruh (SG), Implantologi pergigian asas (UM), dan telah menjadi penyedia Invisalign bertauliah sejak tahun 2018. Beliau juga telah menuntut di bawah bimbingan penceramah tempatan dan antarabangsa(SG, UKL, Australia) untuk memperkaya ilmu dan kemahiran dalam bidang yang menjadi minat khasnya, iaitu Ortodontik intervensi awal, Ortotropik, terapi Myofungsi, dan penyakit gangguan tidur. Beliau kini sedang melanjutkan latihan pascasiswazah dalam Ortodontik di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kecintaan beliau terhadap manusia dan haiwan telah mendorong beliau untuk berkhidmat di klinik percuma Tzu Chi di Pudu ketika beliau bekerja di Lembah Klang sebelum ini, menyertai program khidmat pergigian di Malaysia Timur, serta menjadi sukarelawan dalam program pengambilan haiwan terbiar. Secara peribadi, beliau seorang pembaca tegar, pencinta kucing, dan penggemar kopi.
Dr. Harshinie Audimulam
Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial
BDS (India)
MClinDent (Pemedahan Mulut dan Maksilofasial) (Malaya)
MFDS RCSEd
Dr. Harshinie ialah pakar bertauliah dalam Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, memperoleh Ijazah Sarjana Klinikal Pergigian (OMFS) dari Universiti Malaya yang berprestij dan telah dianugerahkan Diploma Keahlian daripada Fakulti Pembedahan Pergigian, Royal College of Surgeons of Edinburgh.
Dengan lebih daripada satu dekad pengalaman kinikal, amalan Dr.Harshinie merangkumi diagnosis dan rawatan pembedahan bagi penyakit, kecedaraan, dan kecacatan yang melibatkan aspek fungsi dan estetik tisu keras dan lembut di kepala, leher, mulut, gigi, gusi dan rahang. Beliau pakar dalam penyingkiran gigi terbenam, penempatan implan pergigian, pembinaan semula trauma muka, pembedahan ortognatik dan rawatan patologi mulut.
Dengan minat yang mendalam dalam bidang sains, beliau telah membentangkan teknik penjagaan sumbing seperti Protokol Urutan Parut Teknik HarSZ dan menyumbang kepada penerbitan dalam pelbagai jurnal akademik.
Berkomited untuk memberikan penjagaan pesakit yang menyeluruh dan penuh belas kasihan, Dr.Harshinie menggabungkan kepakaran pembedahan dengan teknologi terkini untuk memberikan hasil terbaik dengan ketidakselesaan yang minimum.
Dr. Chu Chin Sin
Pakar Ortodontik
DDS (UNPAD)
DClinDent(Ortho) (UKM)
MFDS RCSEd
MOrtho RCSEd
Morth RCPS (Glasgow)
Dr. Chu Chin Sin ialah Pakar Ortodontik bertauliah yang kini berkhidmat di Alpha Dental. Beliau memulakan kerjaya pergigiannya dengan memperoleh Ijazah Doktor Pembedahan Pergigian (DDS) pada tahun 2014. Selepas berkhidmat selama enam tahun sebagai Pegawai Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Ortodontik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020.
Minat mendalam beliau dalam bidang ortodontik mendorong beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan pada tahun 2024, beliau berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Doktor Klinikal Pergigian (Ortodontik). Kepakarannya diiktiraf secara antarabangsa apabila beliau dianugerahkan Keahlian dalam Ortodontik oleh Royal College of Physicians & Surgeons of Glasgow serta Royal College of Surgeons of Edinburgh pada tahun 2025.
Dengan pengalaman luas dan kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, beliau berkomited untuk menyediakan rawatan ortodontik yang menyeluruh, diperibadikan. Beliau menawarkan pelbagai pilihan rawatan termasuk pendakap tradisional, aligner lutsinar, pembedahan ortognatik serta terapi untuk apnea tidur obstruktif (OSA). Beliau turut bekerjasama rapat bagi memastikan setiap pesakit menerima pelan rawatan yang disesuaikan, demi mencapai hasil terbaik dari segi fungsi dan estetik.
Kami terima tunai, kad kredit/debit (Visa & Mastercard), Touch 'n Go QR, Duitnow QR, dan pindahan wang melalui bank untuk kemudahan anda.
Jika anda mengalami kesakitan yang teruk, gigi tercabut, atau sebarang jangkitan, Pakar Endodontik kami sedia membantu dengan segera. Kami menawarkan temujanji pada hari yang sama untuk memberikan kelegaan segera dan mengelakkan sebarang komplikasi.
Kecemasan Pergigian? Inilah Cara Kami Membantu Anda Segera : Klik di sini
Jangan biarkan kesakitan berlarutan - hubungi kami di +60 13-701 6191 atau mesej melalui WhatsApp untuk bantuan segera. Kami tersedia 24/7 untuk menjawab pertanyaan.
Ada! Kami menyediakan pelan pembayaran berperingkat yang fleksibel untuk rawatan kompleks supaya anda dapat fokus dengan senyuman anda tanpa tekanan kewangan. Anda boleh tanya pasukan kami untuk informasi yang lanjut semasa konsultasi anda.
Keselesaan anda adalah keutamaan kami. Kami menawarkan:
- Muzik dan aromaterapi yang menenangkan disediakan di bilik rawatan untuk pengalaman yang lebih selesa.
- Penutup telinga disediakan atas permintaan untuk membantu mengurangkan sensitiviti terhadap bunyi.
- Teknologi tanpa rasa sakit, termasuk CCLAD (Pengagihan Anestesi Lokal Berkomputer) dan alat penskaleran yang lembut untuk pengalaman yang lebih selesa.
- Pengimbasan imej 3D yang tepat (tiada kesan yang tidak kemas)
Sila maklumkan kepada kami sekiranya ada apa-apa yang boleh kami bantu untuk menjadikan lawatan anda lebih selesa. Kami komited untuk membantu anda pada setiap masa. 😊
Kami di sini sentiasa bersedia untuk membantu bagi memastikan jadual anda berjalan lancar dan semua pihak dihormati:
- Anda akan menerima peringatan melalui WhatsApp 3 hari dan 1 hari sebelum temujanji anda.
- Sila maklumkan kehadiran anda. Jika tiada maklum balas diterima, slot anda akan diberikan kepada pesakit lain.
- Caj ketidakhadiran: Selepas 2 kali tidak hadir tanpa makluman, deposit RM150-RM500 (bergantung kepada jenis rawatan) diperlukan untuk tempahan seterusnya.
- Syarat Deposit: Akan dipulangkan sepenuhnya dan ditolak daripada bayaran rawatan jika anda hadir seperti dijadualkan.
Nota: Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya anda tidak hadir.
Bagi kebanyakan pesakit, lawatan setiap 6 bulan adalah ideal untuk penjagaan pencegahan. Namun, jika anda mengalami apa-apa perubahan (seperti kesakitan, sensitiviti, etc.), jangan tunggu lagi—tetapkan temujanji dengan segera! Rawatan awal menjimatkan masa dan mengelakkan ketidakselesaan.
Jadualkan temujanji anda sekarang—kami sedia untuk membantu!
Waktu Perniagaan
Isnin hingga Khamis
9AM – 6PM
Jumaat hingga Ahad
9AM – 9PM
Alamat Kami
Hubungi Kami
© Alpha Dental. Semua hak cipta terpelihara. | Dikuasai oleh XELAH.
Dr Enrico was very patient with my request, listens intently with my tooth problem, explains really well and very kind. He is very gentle with the procedure. Highly recommended.